Noor™

Where I pen my thoughts (and when I have time)

Archive for March, 2005


Dunia Hari Ini

Gempa Bumi Di utara Sumatera

Kisah Amina Wadud, Imam Solat Jumaat di US masih disebut2. Kenapa la wanita ni nak jadi imam solat jumaat? Islam Liberal ke….Who knows..

My Arabic vocab had been refreshed by aiding a person writing her essey. That makes me remember the time when i help my only dear student when he was asked to translate arabic text to malay. The bad part was that he didnt even say thanks to me when i return back his work. Pity on me.

I went swimming today, and abg zali had asked me whether i`m willing to join training for lifeguard. I`m doubt. He then reminded me not to be hot hot chiken shit…And his words slammed me on my face.

Hikayat Perang Saudara.

Malam itu seperti malam-malam yang lain. Seperti biasa, panglima-panglima kelas lima akan bergerak ke dewan makan untuk minum malam sesudah siren berbunyi pada jam 10.30 malam. Waktu itu menandakan tamatnya rutin harian rasmi di akademi, dan dari jam itu, para penghuni akademi bebas untuk tidur, terus mengulangkaji, beribadah ataupun berbual di kampus masing-masing.

Namun, sesuatu berlaku pada malam itu yang membezakannya dengan malam-malam lain. Panglima kelas lima, yang juga senior di akademi telah digemparkan dengan kejadian 3 orang panglima kelas lima(F5) yang telah ditahan oleh perajurit muda kelas tiga (F3). Aku yang ketika itu keletihan sesudah mentelaah pelajaran untuk peperiksaan percubaan Ekonomi Asas baru sahaja ingin melelapkan mata. Khabarnya kejadian itu berpunca dari ketidak puasan hati perajurit kelas 3 (F3) terhadap Panglima kelas lima (F5) yang telah mengambil tindakan terhadap apprentis kelas satu (F1), dan mereka mendakwa apprentis yang terlibat merupakan budak jagaan mereka. Aku terfikir, mengapa mereka tidak menahan aku, kerana aku yang terlibat secara langsung dalam kejadian itu. Mengapa rakan sejawatanku yang tidak kena-mengena menjadi mangsa? Niatku untuk beradu terbatal dan mataku secara tiba-tiba menjadi segar.

Tanpa menukar pakaian, aku dengan kain sarungku pergi ke kampus perajurit kelas 3 (F3). Kelihatan sudah ramai panglima-panglima di sana yang bersedia menyerang perajurit-perajurit junior yang tidak tahu adab sopan. Ketika keadaan memuncak, datang jeneral-jeneral kelas 6 meleraikan keadaan. Walaupun jumlah panglima lebih ramai dari jeneral kelas 6, namun di dalam diri mereka masih ada makna adab sopan terhadap yang lebih tua, atau kata lain hormat kepada senior. Walaupun jeneral-jeneral kelas 6 merupakan puak minoriti di akademi, mereka masih dihormati oleh panglima kelas lima, kerana ketua para jeneral ialah bekas mentor kepada panglima-panglima. Mungkin mereka ikhlas sewaktu memberi tunjuk ajar dahulu, atau mungkin juga panglima-panglima ini terdiri dari orang yang tahu menghargai tunjuk ajar. Campur tangan para jeneral membuatkan para panglima bersabar dan berundur. Semua pulang ke kampus panglima.

Namun peristiwa itu tidak berakhir di situ. Ia hanyalah permulaan bagi sesuatu yang lebih dasyat. Benar kata orang-orang tua, berundur bukan bermakna tewas. Api kemarahan belum mampu terpadam, walaupun berjam masa berlalu. Mungkin juga ini punca peperangan tercetus setelah sekian lama bersabar. Aku mengimbas kejadian yang masih segar dalam ingatan, kejadian 1 Muharram Tahun 1421 hijrah, tatkala insan menikmati waktu malam ciptaan Yang Esa, kedengaran keriuhan yang menyengit telinga. Kononnya azam tahun baru para perajurit untuk bangun subuh awal dan pastinya kekecohan itu tidak dapat diterima oleh para Panglima. Serangan ringan dilancarkan oleh para Penglima, namun dileraikan oleh Pegawai Pemerintah Kolonel Jeneral Syeikh Azhar. Syeikh Azhar yang juga tenaga pendidik para Panglima pastinya berpengaruh dikalangan para Panglima dan segalanya tamat disitu tanpa banyak soal dari pihak Panglima. Namun dendam pasti wujud dalam hati. Kata-kata membohongi rasa hati. Seperti yang sedia maklum, rumpun Melayu ialah golongan yang jarang menyampaikan sesuatu secara terang, tetapi suka dilahirkan dalam bentuk kiasan sehinggakan mahkamah dalam kes Tan Cheng Kooi [1972] 2 MLJ 115, telah mengambil nota kehakiman, yang mengatakan orang timur tidak suka bercakap sesuatu secara terang (East people do not call a spade, a spade). Itulah yang terjadi dan segalanya tidak diluahkan, dan yang pedihnya, keperitan itu terus disimpan dan menjadi beban dibenak hati.

Tepat jam 1.30 pagi, para panglima mula bertindak. Dari kamar (D), para panglima menarik sesiapa sahaja yang ditemui. Pastinya mangsa pertama ialah yang katilnya hampir dengan pintu, dan aku dengan tanganku sendiri telah membuka pintu gerbang yang pertama yang kemudiannya diikuti dengan serangan. Seingat aku, mangsa yang pertama telah ditarik ke gelanggang takraw dengan bantal-bantalnya sekali. Dia yang masih mamai diserang tanpa belas kasihan. Dia meraung-raung dan raungannya berakhir dek sedas tamparan yang hinggap di pipinya, tidak di ketahui dari mana datangnya. Pastinya itu bukan dari malaikat, seperti yang terjadi sewaktu perang Al-ahzab, dimana malaikat telah turun membantu tentera Islam.

Di satu sudut kelihatan Panglima Ell Judd (bukan nama sebenar) dan dalam pegangannya Ally Emran (bukan nama sebenar). Ally Emran merayu pada Ell Judd agar melepaskannya atas alasan dia tidak memiliki susuk tubuh yang sama besar. Tiada keganasan dilaporkan, khabarnya kejadian itu disusuli dengan perbualan ala-diplomasi. Kedua-duanya bagaikan di pentas debat ala-parlimen, saling mengungkap kata-kata tajam antara satu sama lain. Yang pastinya sekeras mana pun kata-kata, tiada tulang yang retak seperti yang diputuskan dalam kes Holmes v. Dpp [1946] AC 588, dimana hakim berpendapat, “hard words break no bones.”

Para panglima yang lain rakus mencari keparat-keparat perosak akademi. Dari aras bawah, para panglima bergerak ke aras atas. Hendy (bukan nama sebenar) telah dijumpai. Dia sememangnya sudah lama menjadi sasaran. Dia yang ditarik enggan melepaskan tangannya dari tiang katil. Namun tiada yang mampu membantunya melainkan Allah dan Rasulnya. Dalam pergelutan yang tidak berapa sengit itu, datang sebuku tumbukan yang hinggap di tangan mangsa. “Adoi!,” jerit si mangsa. Tumbukan itu milik Panglima Hamir (bukan nama sebenar) atau dikenali dengan panggilan Aji. Pegangan yang tadi kemas kini terurai. Mangsa yang masih bertenaga telah berlari ke aras bawah. Terjadilah permainan kejar-mengejar antara panglima-panglima dan si mangsa. Namun dia tersilap langkah apabila dia masuk ke dalam Kamar (C). Seingat aku, Panglima Tafry (bukan nama sebenar) telah melancarkan jurus tendangan helang ke belakang mangsa. Bukan sahaja mangsa terkejut, para panglima lain turut terkejut dengan tindakan Panglima Tafry. Sekenal kami, dia bukanlah orang yang kasar. Katanya sopan dan tidak pernah pula meninggi suara. Namun malam itu menonjolkan sifat barbarik yang pastinya wujud dalam diri manusia, cuma menunggu masanya sahaja untuk keluar. Kejadian itu tak berakhir di situ, pesalah tadi dibawa keluar untuk dihakimi beramai-ramai dan tidak ada yang melepaskan si pesalah, bahkan disepakati kesalahannya oleh para panglima ajma’in. Bermulalah adegan menampar bergilir-gilir yang pastinya tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tanpa pengawasan Penjaga. Segala macam zikir terpacul dari mulut si Hendy, lagaknya bagai ulama tasawwuf. Darah mula kelihatan di tempat kejadian. Bukti begini boleh menyebabkan para panglima di buang akademi, dan hal ini disedari oleh Panglima Kadzi (bukan nama sebenar). Dia yang tidak banyak terlibat menghulurkan tangan untuk mengangkat air dan menyimbah darah yang tumpah dek penangan para Panglima.

Di situasi yang lain, kelihatan seorang perajurit sedang menentang para panglima, dan dia melancarkan serangan ke atas seorang panglima dengan melemparkan batu ke arah panglima. Malangnya batu tersebut terkena Panglima Ryam (bukan nama sebenar). Bermulalah serangan balas yang tidak dapat digambarkan keganasannya. Para panglima beramai-ramai menjatuhkan si perajurit lalu memijaknya beramai-ramai selama 5 saat. Tak dapat diperikan dengan perkataan perihal kekejaman tersebut.

Di sudut yang lain pula, kelihatan Panglima Thoor (bukan nama sebenar) sedang menyerang seorang perajurit. Bermula dengan tendangan, diikuti dengan tamparan bertalu-talu. Kelihatan perajurit itu layu, tak mampu membalas pukulan yang dikenakan ke atasnya. Situasi memuncak apabila Panglima Thoor mengangkat tiang takraw dan dia bagaikan dirasuk hendak menghayunkan tiang tersebut ke mangsa. Nasib menyebelahi si perajurit kerana Panglima Thoor sempat disedarkan oleh Panglima Thakir (bukan nama sebenar). Sejurus selepas itu, Panglima Thoor telah dipegang oleh dua Panglima gagah perkasa, Panglima Waja dan Panglima Vayu. Pastinya Thoor tak dapat bergerak dalam pegangan kedua panglima yang digelar beruang langit itu. Perajurit tadi pula di selamatkan oleh Panglima Yakee. Banyak lagi kejadian yang terjadi, namun segalanya tidak dapat aku rakam segalanya di sini. Yang pasti, malam itu para Panglima ibarat gladiator yang gagah, kebanggaan Empayar Rom.

Segalanya mula surut apabila Pegawai Pemerintah Akademi, Kolonel Jeneral Fadhli datang. Ketegangan yang wujud mula surut. Namun kehadirannya tidak mematahkan semangat para Panglima. Pihak perajurit pula nampak selesa namun ada yang cuba tunjuk kuat dengan mencabar para panglima untuk bersemuka di tengah gelanggang takraw. Yang mencabar ialah Gio (bukan nama sebenar) dan cabarannya di sahut oleh Panglima Mac Al-Afee. Namun Kolonel Jeneral Fadhli campur tangan dan pertempuran ala lelaki sejati tadi tidak dapat dimulakan.

Proses damai yang tidak direlai ala Palestin-Israel pun bermula. Dari pihak panglima, proses damai tersebut terjadi dikala hati belum puas dengan keganasan yang terjadi. Seharusnya lebih banyak lagi kerosakan dilakukan, setimpal dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak perajurit. Dari pihak perajurit pula, proses damai tersebut mesti dipersetujui walaupun tidak seiring dengan kehendak hati untuk mengelakkan terjadinya lebih banyak kerosakan. Bagi Kolonel Jeneral Fadhli pula, proses damai tersebut merupakan bermulanya waktu rehat baginya dan semestinya hal sebegitu dialu-alukan. Salam kepada Kolonel Jeneral Fadhli mengakhiri kata-kata dan para Panglima bersurai.

Suasana malam itu kembali hening. Semua panglima kembali ke kamar masing-masing. Secara peribadi, aku berpendapat apa yang telah terjadi bukanlah disebabkan kerakusan para panglima untuk membelasah sesiapa. Ia cuma ekspresi ego seorang senior yang mahu diri mereka dihormati, bukan mahu dipuja atau disembah. Kalau pun tidak mahu melahirkan secara zahir rasa hormat tersebut, cukup dengan tidak menunjukkan sikap biadap atau kurang ajar kepada mereka. Adakala manusia menolak kepentingan ego dalam diri insan. Aku kira mereka tidak faham akan signifikan ego itu sendiri. Seorang pemimpin tidak dapat memimpin jika dia tidak mempunyai ego seorang pemimpin. Guru yang tidak ada egonya sebagai guru akan dipermainkan oleh penuntutnya. Seorang suami yang tiada ego ialah suami yang dayus, dan orang yang dayus tidak masuk syurga. Yang penting, ego itu perlu diletakkan pada tempatnya, dan sekiranya ego itu dicabar, sesuatu harus dilakukan untuk meletakkan kembali ego itu kembali pada tempatnya.

Akademi kembali tenang. Namun di sebalik ketenangan itu, terpahatlah sebuah sejarah yang pastinya tak dapat dilupakan oleh para Panglima Kelas Lima dan para Perajurit tahap tiga, tahun 01 kiraan tahun Parsi, yang kini ku rakamkan dalam tulisanku dan ku beri nama Hikayat Perang Saudara.

Happy Birthday!

Today, i would like to wish happy birthday to my dear student and i want to take this opportunity to thank him for the memories I had with him, which had made me what i`m now.
My pray will always be with you. And feel free to ask anything from me and i will within my capabilities help you. If you have no one to see, or if no one want to see you, then i`m here for you at any time, at any cost.

People do get busy with their stuff, but that ain’t a reason to forget the past, that had made us what we are today.

Oh Allah make him among those who are listening goodness and those who are following the goodness. Oh Allah, dont You punish his forgetfullness and recklesness. Oh Allah, dont you test him with burden that he could not hold it. Forgive him, be mercy with him as You Are the Most Forgiving and The Most Merciful.

Last word from me, happy birthday to you my dear brother and may Allah bestow you with His Bless all the time.