Amendment to Islamic Family Law Act (Federal Territories)
Kakak² dan Makcik² nampaknya kurang berpuas hati dengan pindaan ke atas Akta Undang² Keluarga (Wilayah Persekutuan).
Catan dlm Bahasa Melayu mungkin membantu untuk aku jelaskan apa yg ingin aku tulis. Penulisan dalam bahasa Inggeris barangkali akan menyerabutkan minda apabila diadun dengan terma-terma undang-undang yang pastinya memerlukan latihan selama 4 tahun di sekolah undang-undang.
Bahagian paling menarik ialah isu pembahagian harta sepencarian ketika berlaku perceraian. Menurut berita, khabarnya wanita diberi pilihan samada menuntut harta sepencarian atau nafkah ketika berlakunya perceraian.
Justeru, suka aku menjelaskan yang harta sepencarian ini merupakan suatu amalan yg diterima dlm Islam atas dasar adat, yakni bukanlah hukum yg wujud secara putus dari Quran ataupun sunnah. Di dunia arab, tidak wujud harta sepencarian kerana si suami menanggung segala perbelanjaan isteri dan jarang sekali wujud “queen control” di sana.
Di Malaysia, harta sepencarian merupakan amalan yg diterima oleh Islam atas dasar adat, dan Islam menerima pakai adat sebagai sumber hukum dengan syarat-syarat yg tertentu. Sebaliknya, nafkah merupakan sesuatu yg putus hukumnya berdasarkan nas Al-Quran dan Hadith.
Di Malaysia, harta sepencarian merupakan amalan yg diterima oleh Islam atas dasar adat, dan Islam menerima pakai adat sebagai sumber hukum dengan syarat-syarat yg tertentu. Sebaliknya, nafkah merupakan sesuatu yg putus hukumnya berdasarkan nas Al-Quran dan Hadith.
Keputusan kerajaan untuk memberi pilihan nafkah atau harta sepencarian barangkali bakal memberi kemudahan dan maslahah kepada kebanyakan wanita di negara ini. Di samping memikirkan hak-hak, mungkin kita lebih harus praktikal dalam berfikir.
Nafkah merupakan sesuatu yg hampir pasti akan diberi kepada wanita yg bercerai, melainkan mereka terjumlah kepada golongan yg dikecualikan oleh hukum syarak dari mendapat nafkah. Mereka hanya perlu membuktikan keperluan mereka dan pendapatan bekas suami kepada mahkamah, dan mereka akan diberi suatu jumlah yang sesuai pada fikiran hakim. Sebaliknya, di dalam kes harta sepencarian, wanita harus membuktikan kepada mahkamah yg mereka mempunyai perkongsian didalam sesuatu harta yg pada “prima facie”nya milik si suami. Beban pembuktian pula ialah “on balance of probabilities” dan memandangkan kita memiliki ramai hakim-hakim mahkamah syariah mahir di dalam hukum syarak, namun barangkali tidak mahir dalam mentafsir peruntukan undang-undang, mereka sering diperkotak-katikkan oleh para peguam pastinya tidak keberatan untuk membawa sesuatu kes untuk jangka masa yang lama, demi kebajikan kliennya. Akibatnya, kes akan mengambil masa yg sungguh lama. Wanita yg bercerai pula sebolehnya ingin melupakan masa lalu, lebih-lebih lagi kisahnya bersama bekas suami. Perbicaraan yg tidak tahu bila kesudahannya sudah pasti tidak membantu dalam pemulihan emosi dan psikologi mereka.
Jadi, dengan pilihan yg diberi oleh kerajaan, barangkali kepada sesiapa yg ingin bercerai dan harta si suami tidaklah seberapa untuk dituntut dibawah harta sepencarian, ambillah nafkah. Bagi datin-datin, puan sri-puan sri, silalah tuntut bahagian anda di dalam harta suami-suami anda. Namun ingat, orang tamak selalu rugi.