Dr Mahathir : Dari Aku Budak Mentah
Semalam (19 Mei 2008) Dr Mahathir mengumumkan beliau bahawa beliau keluar dari UMNO. Maka gemparlah satu Malaysia. Ramai yg terkejut beruk. Tak kurang yg memujuk beliau supaya menimbang semula keputusan itu, ada juga yg semacam tenang sambil berkata “itu isu peribadi, bukan parti”. Malah ada rakan Budak Mentah yg menggelarnya Melayu Agung~!
Pada tahun 1969, sesudah menulis surat beracun kepada Ayahanda Malaysia, Tunku Abdul Rahman, kemudian menyiarkan surat tersebut kepada umum, Dr Mahathir telah dipecat dari UMNO. Diterima kembali pada 1972. Pada tahun 1981, beliau menjadi Perdana Menteri ke 4.
Beliau memperkenalkan beberapa rang undang-undang pindaan Perlembagaan Persekutuan. Antaranya memansuhkan kekebalan Raja-Raja Melayu dari dihadapkan ke mahkamah, yg mendapat tentangan awal dari Majlis Raja-Raja. Budak Mentah merasakan tindakan itu bukan sahaja mempertikaikan kuasa Raja-Raja, malah merupakan satu cubaan untuk membuang hak istimewa itu dari Raja-Raja, suatu yang lebih hebat dari apa yang dibuat Karpal Singh, dan cubaan itu sempurna dgn jayanya. Tapi tiada siapa kata Dr Mahathir penderhaka, entah ada atau tidak laporan polis dibuat ke atasnya.
Peruntukan perkenan Yang Dipertuan Agong dlm meluluskan suatu undang-undang juga dibuang. Agong hanya boleh melewatkan penguatkuasaan undang-undang, namun tiada kuasa menolak. Kuasa mengisythiharkan Darurat yg dahulunya tertakluk di bawah budi bicara Yang Dipertuan Agong juga dipinda, dan kuasa tersebut “dipindahkan” (macam transfer2 dlm game plak) kepada Perdana Menteri.
1987, sesudah Peguam Negara gagal dlm cubaan memindahkan kes Dato Yap Peng dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, dimana Mahkamah Agung berpendapat perbuatan itu merupakan campur tangan kuasa Eksekutif ke dalam kuasa Kehakiman, Dr Mahathir dengan bijaksananya meminda Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan, membuang klausa yg memperuntukkan kuasa Kehakiman kepada Mahkamah. Maka jadilah Mahkamah kita pelaksana kehendak Parlimen kerana institusi itu hanya ada kuasa sebagai mana yg diperuntukkan oleh Parlimen, tidak seperti sebelumnya.
Mahkamah menyengat Dr Mahathir lagi bila UMNO diharamkan pd 1987. Ura-ura yg team pro Tengku Razaleigh bakal memenangi kes di Mahkamah Agung membuatkan Dr Mahathir bertindak sepuluh langkah lebih awal, dengan memecat Tun Salleh Abas yg pada fikirannya “terlalu bebas dan berani”. Tempias konspirasi pemecatan Tun Salleh turut terkena kepada 5 Hakim yg berani dan tegas mempertahankan kebebasan badan kehakiman.
Bekas Ketua Hakim, Tun Suffian melafazkan rasa kesal dan meluahkan rasa hatinya, bahawa apa yg telah mengambil masa berdekad untuk dibina (badan kehakiman yg berintegriti) mengambil masa sekelip mata untuk diruntuhkan. Beliau juga berkata, untuk memulihkan apa yg telah diruntuhkan ini akan mengambil beberapa generasi.
Bila dikenang kembali, apa yg peliknya dgn Si Lingam? Lingam melobi hakim yg dia suka agar dijadikan Hakim Besar Malaya, dan kemudiannya Ketua Hakim Negara. Dr Mahathir pula, buang Ketua Hakim dan Hakim2 yg beliau tak suka. Pada Budak Mentah ni, sama saja.
1998, dunia gempar Dr Mahathir pecat timbalannya. Tak cukup dengan pecat, dituduh homoseksual pula, walaupun org tu dah beranak pinak.
Cela Tunku, buang hak istimewa Raja-Raja, ambil alih kuasa Agong isythihar darurat, , kurangkan kuasa mahkamah, tetapkan hakim mana yg patut duduk di mahkamah serta buang mana yg tak patut, pecat timbalan sendiri bila tergugat dan terbaru, keluar parti bila dah takde kuasa nak buat apa2. Dari tiada kuasa, kemudian ke puncak kuasa dan sesudah kembali tiada kuasa, Dr Mahathir akan buat apa sahaja untuk penuhkan kemahuannya.
Dr Mahathir kata, UMNO sekarang bukan UMNO sepertinya yg diasaskan oleh Dato Onn dulu. MEMANG LA! sbb UMNO Dato Onn, Tunku, Tun Razak dan Tun Hussien dah diharamkan pada tahun 1988. Malah Tunku dan Tun Hussien Onn tidak sertai UMNO baru yg Dr Mahathir asaskan.
Kalau Karpal derhaka sbb lawan Sultan, Dr Mahathir macam mana? Kalau Lingam menunjukkan badan kehakiman kita integritinya terjejas, siapa dalang yg memulakannya?
Aku hanya Budak Mentah…tapi tidaklah sampai BUTA sejarah. Memang dia penah terajui Malaysia dan banyak kebaikan yg dibuatnya. Tapi bila dia diagungkan bak manusia luar biasa dan tiada cacat cela, rasa geram yg telah sekian lama tersimpan dalam lubuk hati aku meronta untuk keluar, lantas memaksa jariku menaip benda yg selama ni aku tak suka nak cakap pada org. Aku lebih suka pendam fikiran aku psl politik untuk diriku sendiri, kali ini tidak lagi…PESAN AKU KAWAN2, suka pada org itu ada hadnya, gelaran melayu agung bagi aku terlalu keterlaluan.