Dr Farish Noor dan Kebimbangannya Yg Tidak Berasas
Dr Farish Noor dipetik dan disiarkan di Buletin TV3 telah melahirkan rasa bimbang beliau mengenai situasi Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Muslim yg pentadbirannya dipengaruhi elemen Islam, di kala wujudnya kaum-kaum lain yg bukan beragama Islam. Beliau turut membandingkan Malaysia dan India, di mana India yg majoriti penduduknya beragama Hindu dan pentadbiran yg dipengaruhi Hinduisme, menekan dan mewujudkan rasa tidak selamat di kalangan minoriti Islam. Beliau berkata demikian sesudah forum “Social Contract” anjuran Majlis Peguam.
Sebagai seorang pensyarah undang-undang, seharusnya Dr Farish tidak seharusnya melahirkan pendapat yg janggal dan tidak bersesuaian dengan tarafnya sebagai seorang ahli akademik. Isu Islam atau “Islamisasi” di Malaysia harus dinilai menurut fakta sejarah dan berdalilkan autoriti perundangan, bersesuaian dengan gelaran pensyarah undang-undang yg dipakainya.
Sejarah merakamkan pelaksanaan undang-undang Islam di bumi Malaysia seawal pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Statusnya tidak diusik penjajah Portugis atau Belanda, hinggalah Inggeris menjejak kaki di Pulau Pinang dan memperkenalkan Charter of Justice yg pertama, pada tahun 1807. Jadi yg betulnya, prinsip perundangan Islam itu bukan sesuatu yg asing dibumi Malaysia, yg kononnya baru diperkenalkan kebelakangan ini, tetapi suatu sistem perundangan yg telah lama wujud dan bertapak di bumi yg kini digelar Malaysia.
Begitu juga perlu kita celik akan suatu fakta, iaitu Inggeris tidak menghapuskan
perundangan Islam secara total sewaktu menjajah bumi Malaysia. Perlaksanaannya dihadkan kepada orang Muslim sahaja dan terhad dalam perkara peribadi (private matters) seperti kekeluargaan dan pembahagian harta.
Bukan setakat itu, Islam sebagai undang-undang tempatan turut diiktiraf oleh hakim-hakim Inggeris, seperti yg diputuskan pada 1927, di dalam kes Ramah binti Ta’at v Laton binti Malim Sutan, 6 [FMSLR] 128,
“Mohamedan Law (Islamic Law) is not a foreign law, it is a local law, a matter of which the court must take judicial notice. The court must propound the law, and it is not competent to the court to allow evidence to be led as to what is the local law”.
Undang-Undang Islam bukanlah undang-undang asing, ianya ialah undang-undang tempatan yg mana mahkamah perlu mengambil “judicial notice” judicial notice ialah perkara yg terlalu masyhur dan tidak perlu dibuktikan dengan keterangan di dalam mahkamah akan kewujudannya, seperti siapakah Perdana Menteri, orang Melayu makan belacan dan orang Melayu suka cakap berlapik). Bukan setakat itu, mahkamah juga perlu mendalami undang-undang Islam dan tidak wajar bagi mahkamah mengambil keterangan hanya untuk mengenalpasti apakah sesuatu amalan itu undang-undang tempatan atau tidak.
Jadi bila isu perlaksanaan prinsip Islam di Malaysia dipertikaikan secara melulu dan membelakangkan fakta sejarah dan bukti-bukti sosial yg ada, semata-mata berpandukan emosi dan rasa hati, ia lebih menjurus kepada apa yg aku sebut sebagai “keluhan” and “a mere bluff”. Tiada bezanya pensyarah dengan pembincang kedai kopi andai apa yg dikata tidak disandarkan dalil, dan periwayatannya tidak jujur dengan menutup sebelah mata dan disorok apa yg tidak mahu diketahui orang agar apa yg diutaranya nampak utuh. Ini namanya khianat dalam penyampaian fakta.
Aku simpulkan, fenomena yg wujud sekarang bukanlah suatu gerakan baru ke arah Islamisasi, tapi lebih kepada gerakan untuk kembali kepada nilai-nilai yg telah lama wujud di bumi bertuah ini (reverting to the status quo), dan juga proses menyahkan saki baki tinggalan penjajah yg mengakis dan menganak-tirikan pegangan dan amalan tempatan.
Aku juga ingin mengambil peluang, sebagaimana yg dianjurkan oleh Majlis Peguam, iaitu agar kita lebih berterus-terang dalam membincangkan hak kita sebagai rakyat Malaysia, aku ingin menyahut seruan itu dengan mengatakan mereka yg sibuk menuntut hak itu sebagai buta sejarah dan lupa diri.
Prof Dr Teo Kok Seng, pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata;(untuk rujukan, klik sini)
“Orang tak suka saya bercakap mengenai perkara ini, tetapi saya masih nak cakap… sebenarnya kita (masyarakat Cina) pendatang dan minoriti di sini, tetapi orang Cina kata tidak kerana kita sama-sama membina negara ini. Saya masih kata kita minoriti dan pendatang… Kalau dibandingkan kaum Cina di Malaysia dengan Indonesia, jauh lumayan (lebih baik) di sini. Orang Cina Indonesia tak boleh guna nama Cina. Di Thailand pun tak boleh pakai nama Cina. Di Indonesia, mana boleh ada sekolah Cina. Thailand pun sama. Di sini tengok, kalau desak apa-apa, kerajaan bagi lagi.”
Pada aku orang Melayu amat berbudi bahasa, suka beralah dan tidak kisah dipijak oleh orang lain, cuma sedikit busuk hati dengan mereka yg sebangsa dengan mereka, gemarkan kuasa serta tidak segan berbalah dikhalayak ramai dengan mereka yg sekaum dengannya. Tapi jangan ingat Melayu bangsa yg lemah. Sejarah merakamkan keberanian leluhur nenek moyang orang melayu mempertahankan negara dari penjajah. Begitu juga sejarah merakamkan betapa ganasnya org Melayu bila diusik keterlaluan sehingga tercetus tragedi 13 Mei.
Namun tidaklah pelik kalau yg sibuk mempertikaikan Islamisasi itu keluar dari lidah bukan Islam, kerana mereka juga tidak jelas akan Islam dek lemahnya peranan media yg ber-berhala-kan barat. Tapi kalau yg cakap itu org Islam, amat sukar untuk aku bersangka baik, lalu aku simpulkan samada dia itu bodoh, di atas kegagalannya mengorek fakta atau hipokrit bak Abu Jahal dan Abu Lahab, yg celik akan kebenaran namun kerana ego dan agendanya tersendiri sanggup menyembunyikan kebenaran dari orang ramai.
*Lepas ni mungkin aku tak boleh dah tulis macam ni untuk satu tempoh yg amat panjang…Therefore this is my last shot and hopefully more Muslim youngsters will be more concern bout Islam and attack made against it.
July 12th, 2008 at 11:16 pm
well say,..mmg terkene aku rase, mmg betul yg melayu same melayu die suke bergaduh sampai telanjang, tp ngan kaum lain kene pijak2..
Dr farish ni pon satu, xphm aku ale otak die.byk sgt kontroversi sampai lari pg jerman ngan singapore..
weh asal xnk tulis lg?
July 26th, 2008 at 2:08 am
aku dh kerja gomen..
pastu aku tk leh buat komen melulu..haha