Yoga
Kontroversi lagi, kali ini isu Yoga.
Banyak pihak cuba mempertikaikan (seperti biasa la…) tapi kali ini ada suara dari istana yang meminta agar ulama kita merujuk kepada istana dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu fatwa, kerana hal ehwal Islam terletak di bawah payung Raja-raja Melayu.
Kalau sebelum ini kita tgk org tak reti agama mempertikaikan fatwa (seperti dlm kes fatwa Mufti perak yang mengatakan filem bollywood mendatangkan kesan negatif, di mana pendapat kakak2 tepi jalan di ambil = Mufti v mereka di tepi jalan).
In my humble opinion, Islamic matters were put under the Sultans so that it will be protected from any political influence and to ensure its independence, since in Tanah Melayu, Royals are supreme and perhaps no one dare to mess with sultans.
If the institution which should be guarded by the Raja-raja Melayu is being whacked oleh their very own guardian, who else should they turn to?
Hukum Allah, samada wajib, sunat, harus, makruh, haram, sah, batal atau halal semuanya tidak berdiri dengan sebab izin penguasa. Hukum itu wujud kerana wujud dalil2 dari Kitab Allah dan Sunnah Rasul, sekalipun tak dipersetujui oleh pihak penguasa.
Teringat satu hadith nabi yang bermaksud
“Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ilmu begitu sahaja dari dari (dada2) manusia, tetapi Dia mengangkat ilmu dengan cara mematikan ulama, sehingga tidak ada orang yang alim. (Ketika itu) Manusia-manusia akan mengangkat pemimpin2 yang jahil dikalangan mereka, lalu (pemimpin2) ini ditanya dan mereka berfatwa tanpa ilmu. MEREKA INI SESAT LAGI MENYESATKAN.”
Itu adalah gambaran nabi berkenaan keadaan akhir zaman. Semoga Allah menjadikan kita dari golongan yang diberi petunjuk olehnya, juga dari golongan yang menyokong agamanya ke Hari Pembalasan.